Jemput masuk....

Saturday, March 19, 2011

Bahasa Merajuk

Situasi 24 (19 Februari 2011, Sabtu ) 


Hati aku gelisah apabila mendapat tahu teman sebilkku, Zie ada terasa hati dengan aku. Aku tidak tahu apa salahku. Tiba-tiba bangun daripada tidur, dia tidak menegur aku. Aku cuba bertanya, tetapi dia buat tidak endah sahaja. Pada malamnya, aku cuba lagi menegurnya. Kemudian barulah aku tahu dia terasa hati sebab aku tidak memberitahunya apabila aku ingin keluar ke Pasar Malam. Dia berkecik hati. Kemudian aku memohon maaf darinya. 

Ulasan : Bahasa merajuk ialah bahasa orang yang kecewa dan berkecil hati kerana sebab-sebab tertentu. Kita perlu cuba bertolak ansur dalam sesuatu perkara supaya tidak mengeruhkan lagi keadaan. Bahasa merajuk dapat difahami dengan tingkah laku dan ucapan dengan nada yang berbaur kecewa keluar daripada mulut seseorang

No comments:

Post a Comment