Jemput masuk....

Wednesday, February 9, 2011

Pergaulan Bebas...

Situasi 5 ( 20 Januari 2011, Khamis)

Hari Pertama Hari Terbuka  Kolej Za'ba, aku  sempat berlegar-legar menyaksikan ramai siswa/i memberi  sambutan terhadap acara dan program-program yang dilaksanakan. " Memperkasa Ilmu Merekayasa Kepimpinan " begitulah motto yang dicipta oleh JMK Kolej Za'ba berbentuk ilmiah dan mempunyai daya tarikan tersendiri sedikit sebanyak mecipta rasa kebersamaan antara Kepimpinan Kolej Za'ba bersama siswa/i UPSI selama empat hari berturut-turut.

Perkara yang ingin disentuh ialah situasi pada waktu malam. Kebanyakannya ramai pengunjung yang datang pada waktu malam. Ada yang datang secara berpasangan antara lelaki dan perempuan dengan menaiki motosikal bersama-sama. Ini menunjukkan tidak ada batas dalam pergaulan mereka yang tidak mempunyai ikatan yang sah di sisi agama. Teringat pula pada kata-kata ustaz " lebih baik sentuh babi (khinzir) dari kita sentuh anak orang atau perempuan yang bukan muhrim kita". Betapa hinanya perbuatan tersebut. Ini kerana ia boleh mendorong kepada perbuatan zina. Ada pula yang berpegangan tangan semasa berjalan-jalan sekitar gerai jualan. Kebanyakan pengunjung terdiri daripada pelajar UPSI,dan ada juga dari pihak luar. 

Ulasanku : Kita bukan menyalahkan kepada Hari Terbuka tersebut, malah menyokong segala aktiviti yang dilakukan dan tidak dinafikan yang aktiviti tersebut sangat baik. Tetapi kita haruslah pandai menjaga batas pergaulan dan menjaga maruah diri semdiri. Sekiranya pandai menjaga diri, ke mana pun kita pergi nescaya kita tidak akan melampaui batas. 

Antara gambar aktiviti yang dijalankan :

 

 








 

Sayangi Sesama Makhluk...

Situasi 4 ( 19 Januari 2011,Rabu

Sebuah lagi kisah yang agak menarik bagiku. Aku tinggal di Kolej Aminuddin Baki di Blok E303 bersama lima orang sahabat dari program Pendidikan Islam. Mereka saling menasihati antara satu sama lain. Kami hidup berdasarkan tolak ansur dan saling memahami. 

Satu perkara yang sudah menjadi kebiasaan dalam hidup kami ialah kehadiran kucing ke rumah kami. Kucing selalu datang ke rumah kami tidak kira masa. Itu yang membuat kami hairan. Persoalan yang bermain dalam fikiran kami ialah kenapa kucing tersebut tidak pula ke rumah orang lain? Mungkin kerana kami selalu melayan dan memberi makan kucing tersebut. Kami tidak sampai hati melihat kucing tersebut kelaparan. Jika ada makanan yang lebih, kami akan berikan kepada kucing tersebut. "Daripada kita membazir,lebih baik kita sedekahkan. Lagipun membazir itu amalan syaitan."  itulah antara kata-kata sahabatku.

Pada malamnya, aku keluar untuk menjemur kain di luar. Aku melihat lucing tersebut sedang dihalau oleh salah seorang penghuni blok ini. pelajar tersebut memukul kucing tersebut dengan penyapu. Mungkin kerana kucing tersebut telah mencuri lauk mereka. Tidak sampai hati aku melihat keadaan tersebut. Aku kesian melihat kucing tersebut yang lari kesakitan.

Kemudian aku menghampiri pelajar tersebut lalu menegurnya,

Aku: Kenapa tu?
Dia : Ntahla, kucing ni ha,masuk rumah saya. Nak mencuri lauk la tu.
Aku: Kenapa pukul kucing tu? kesian dia saya tengok.
Dia : eh...awak ni menyibuk jer. kalau kucing tu masuk rumah awak pun sama ja kan. Awak ni xpayah tunjuk baik la. kalau curi lauk awak,awak pukul gak.siap pijak-pijak lagi kot. hmmm tunjuk baik konon.

Itulah dialog aku dengan pelajar tersebut. 

Ulasanku : Kasar juga bahasa yang digunakan sedangkan niatku hanya ingin menegur sahaja. Tidak salah sekiranya dia menjawab dengan bahasa yang lebih baik. Bukankah Kucing juga mempunyai perasaan. Kita perlu saling membantu, bukan sahaja sesama manusia sahaja malah dengan haiwan juga. 
 
Buat renungan bersama :

Salah seorang diantara mereka yang baru masuk Islam bertanya kepada temannya, “Kenapa Syekh kita yang telah berpulang ke rahmatullah itu diberi gelar “Abu Hurairah” (bapak kucing)? Si temannya itu menjawab, “Di waktu jahiliyah namanya dulu Abdu Syamsi, dan tatkala memeluk Islam. Ia diberi nama oleh Rasulullah saw dengan nama Abdurrahman. Ia sangat penyayang kepada binatang, dan ia mempunyai seekor kucing, yang selalu diberinya makan, digendongnya, dibersihkannya dan diberinya tempat berteduh. Kucing itu selalu menyertainya kemanapun ia pergi seolah-olah baying-bayangnya. Itulah sebabnya ia diberi gelar “Bapak Kucing”.







Yusri mengambil gambar kenangan
Gelagat Nor  bersama kucing cumil

Sahabatku..Temanku..

Situasi 3 (18 Januari 2011, Selasa)


Hari ini, tiba-tiba sahaja aku teringin untuk makan sesuatu. Mulutku terasa ingin mengunyah makanan sahaja. Bayangkan sekarang sudah lewat petang iaitu kira-kira jam 6.30 petang. Kalau diikutkan jika aku keluar pergi membeli makanan ringan sudah pandai sampai lepas maghrib. Siapalah yang nak temankan aku? Aku menyatakan hasratku kepada insan tersayang yang jauh di seberang lautan. Mana mungkin dapat kami keluar bersama-sama. Malas pula aku ingin keluar seorang diri memandangkan waktu sudah lewat petang. Jika tidak keluar, aku tidak selesa pula, serba tidak kena, duduk pun tidak kena, berdiri pun sama. Macam orang mengidam pula rasanya. 

Aku sampaikan hasratku kepada rakan sebilikku yang dikenali sebagai Zie. Segan pula nak ajak dia keluar memandangkan waktu sudah lewat dan semata-mata untuk emmenuhi keinginanku sahaja. Tetapi perkara yang tidak disangka, dia sanggup untuk menemaniku hanya semata-mata untuk memenuhi keinginanku untuk makan sesuatu. Tahu tak ke mana kami pergi? Kami telah pergi ke KFC. Zie menemaniku bersama DBB7764 tersayang. Kami kehujanan dalam perjalanan. Aku tidak sampai hati melihat Zie kebasahan demi aku, lalu aku memberitahu untuk berpatah balik, tetapi dia menyuruh meneruskan sahaja perjalanan. Itulah yang membuatkan aku sangat terharu. Besarnya pengorbanan dia sehingga sanggup meredah hujan dan kebasahan demi aku. Dalam perjalanan pulang, hujan makin lebat. Namun kami terus meredah hujan yang lebat itu. Terima kasih tidak terhingga aku ucapkan kepada Zie. 

 kenangan 

zie (kanan) dan Nik (kiri)