Jemput masuk....

Friday, February 11, 2011

Bahasa Inggeris di Melayukan..

Situasi 9 ( 24 Januari 2011, Isnin ) 


Aku tertarik melihat satu artikel mengenai bahasa Melayu yang semakin luntur. 




Terdapat bahasa Inggeris yang sudah di Melayukan yang semakin hilang identitinya. Terdapat banyak perkataan yang diceduk bulat-bulat dari bahasa Inggeris contohnya dalam gambar di atas menggunakan perkataan "join" melambangkan "menyertai." Bahasa Malaysia ataupun bahasa Melayu yang betul? Ini satu persoalan yang harus diberi penjelasan. Sebenarnya bahasa Melayu yang betul kerana bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan oleh orang Melayu dan mengikut perlembagaan sendiri menyatakan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Tidak pula dalam perlembagaan itu menyatakan bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan kita. 


Ulasan : Oleh itu, kita harus memandang serius memandangkan masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan seharian termasuklah campuran bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Pihak yang bertanggungjawab haruslah mencari jalan bagi memperkayakan bahasa Melayu. 

Bahasa Rojak

Situasi 8 ( 22 Januari 2011, Sabtu )


Aku tertarik melihat blog Shahfiz Iqram berkenaan dengan penyalahgunaan bahasa rojak dalam media. Media berperanan sebagai penyebar maklumat seharusnya menggunakan bahasa dengan betul. Media juga merupakan sumber yang sering digunakan oleh para pelajar atau penutur bahasa Melayu sebagai sumber rujukan. 


"Media cetak masih menghidangkan menu bahasa rojak kepada masyarakat umum. Bahasa Melayu telah dicampuradukkan dengan bahasa asing secara berleluasa." 


Inilah antara petikan yang menarik perhatian aku. Jika dilihat memang tidak dinafikan banyak penggunaan bahasa rojak dalam media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Contohnya;


Penggunaan kata yang tidak sesuai iaitu  " meriangkan selera" boleh ditukar kepada " membuka selera"




"Memang Power" boleh digantikan dengan  " Memang Berkuasa"



Novel Islamik ( VT )

Situasi 6 (21 Januari 2011,Jumaat)

Akhirnya dalam masa dua hari, habis juga aku membaca novel motivasi remaja yang dipinjam dari sahabatku, Fatin. Tajuk novel tersebut ialah VT. Pandangan awal bagi aku adalah novel tersebut nampak membosankan, namun setelah membacanya, ia mampu mengubah pandanganku tadi kearah satu pandangan yang baru iaitu novel tersebut sangat menarik. 




Novel ini mengisahkan  perjuangan islam menerusi sukan bola tampar di Ma'ahad At Tarbiyyah al-Islamiyyah, MATRI. Sukan ini dianggap juga sebagai ibadah. Pada awal penceritaan, telah diceritakan perpecahan dalam kalangan ahli pasukan bola tampar MATRI yang menyebabkan pasukan ini akan dibubarkan. Seterusnya, penulis memuatkan juga masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli pasukan bola tampar itu. Mereka mempunyai masalah keluarga dan juga masalah disiplin di sekolah. Kemudian, muncul watak Ustaz Hussan yang telah berjaya mengubah ssikap ahli-ahli Volleyball Team, VT. Hussam menggalas cabaran merawat dua belas pemain yang pelbagai masalah dan ego. 

Satu situasi yang perlu diambil perhatian ialah menerusi watak Cikgu Senan, jurulatih pasukan lawan iaitu pasukan SSNP yang telah menggunakan pelbagai  cara kotor dalam memenangi perlawanan sehingga sanggup membunuh. Ini adalah contoh petikan yang dipetik daripada novel tersebut; 

" Ustaz, ambil sahajalah."
" Cikgu, saya bertegas ni."
" Ustaz jangan berlagak sangat. Ustaz fikir kumpulan Ustaz boleh menangkah? Dari kalah tidak dapat apa-apa, baik Ustaz ambil duit ni. "
" Kalau begitu, apa yang Cikgu perlu takutkan? "
" Saya ada reputasi yang perlu saya jaga "
" Semata-mata anugerah itu, cikgu sanggup melanggar arahan Allah SWT? "

Ulasanku : Melalui dialog perbualan diatas jelas menunjukkan sikap Cikgu Senan yang sanggup merasuah Ustaz Hussam dengan duit yang banyak bagi memenangi perlawanan tersebut. Namun, Ustaz lebih bijak bertindak dan tetapkan keimanan supaya tidak terpengaruh dengan godaan keduniaan semata-mata. Cikgu Senan sanggup juga melanggar arahan Allah SWT demi kejayaan dan nama. Bahasa yang digunakan oleh Cikgu Senan kasar, namun telah dibalas oleh Ustaz dengan berhemah. Inilah realiti kehidupan sekarang. Kita leka dan hanya sibuk dalam mengejar kejayaan, pangkat dan nama sehingga lupa pada hari pembalasan. Masyarakat sekarang sibuk mengejar dunia dari akhirat. Oleh itu, novel motivasi ini haruslah dibaca dan dijadikan pegangan memandangkan mempunyai sentuhan islami yang berkesan. Ia menyantap minda dan rohani.