Jemput masuk....

Friday, March 18, 2011

Masalah dalam komunikasi

Situasi 12 ( 29 Januari 2011)


Gunung Kinabalu


Aku bangun awal pagi memandangkan Subuh di Menumbuk, Sabah lebih awal dari Semenanjung. Selepas menolong bakal ibu mertuaku menyiapkan sarapan, aku terus mandi dan bersiap untuk ke Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu. Kami sekeluarga bercadang ingin bercuti di kaki gunung Kinabalu. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang empat jam. 

Kami menginapan di hostel berdekatan dengan kaki gunung Kinabalu. Sebelah petang, kami telah bersiar-siar di kawasan tersebut. Kami sempat singgah di kedai cenderahati. Semasa proses pembelian, berlaku sedikit masalah dalam komunikasi memandangkan penjual atau peniaga tersebut tidak pandai berbahasa Melayu. Kemungkinan penjual tersebut berasal dari luar negara. Semasa ingin bertanya tentang harga barang yang ingin dibeli, penjual itu hanya menaip angka menggunakan kalkulator sahaja. Kami perlu melihat harga yang tercatat di kalkulator tersebut. Semasa proses tawar menawar juga berlaku perkara yang sama. 

Penjual tersebut dapat memahami apa yang ditanya, tetapi tidak dapat menjawabnya dengan sebutan. Tidak mungkin penjual tersebut bisu kerana biasanya orang yang bisu akan disertai dengan masalah pendengaran, tetapi penjual tersebut tdapat mendengar dengan baik. 

Masalah dalam komunikasi ini menyebabkan proses jual beli tidak dapat berlaku dengan lancar. Namun, kami tidak cepat melenting, kami menghormati penjual tersebut. Kami cuba untuk memahami apa yang diterangkan melalui bahasa isyarat yang beliau tunjukkan. 

Sepatutnya, penjual tersebut harus mengetahui lebih dari satu bahasa. Penjual tersebut harus pandai berbahasa Melayu dan sekurang-kurangnya boleh juga berbahasa Inggeris.  





Pertama kali (LCCT)

Situasi 11  ( 28 Januari 2011)


Hari ini, pertama kali aku akan menaiki kapal terbang dari LCCT, Kuala Lumpur ke destinasi yang ingin dituju iaitu Labuan. Penerbangan aku akan berlepas pada jam 7.45 pagi. Penumpangu  perlu berada di sana satu jam lebih awal. Abangku, Sofian telah menghantar aku ke LCCT awal pagi lagi. 

Semasa berada di LCCT, aku melihat pelbagai gelagat manusia. Masing-masing sibuk menguruskan hal sendiri. Aku kebingungan kerana inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke LCCT. Aku tidak tahu cara atau prosedur yang perlu diikuti semasa ingin melepasi balai pelepasan. Mungkin inilah masanya untuk aku berdikari. 

Selepas melepasi pintu keselamatan, aku dikehendaki menunggu di hadapan pintu pelepasan ke Labuan. Satu situasi perbualan antara dua pihak menarik perhatianku. 

Individu A : Bang, di sini ke pintu pelepasan untuk ke Labuan?
Individu B : Eya la. Takkan kamu ni tak sekolah, tak pandai membaca ker?
Individu A : Maaflah ini pertama kali saya berada di sini.

 Perbualan di atas menunjukkan sikap kasar yang ditunjukkan oleh Individu B yang menjawab pertanyaan Individu A dengan tidak sopan. Individu B langsung tidak menghormati Individu A sedangkan Individu A telah bertanya dengan baik. Sepatutnya Individu B perlulah belajar untuk lebih mesra dan ikhlas dalam segala perbuatan termasuklah dalam berkomunikasi.