Jemput masuk....

Friday, March 18, 2011

Pertama kali (LCCT)

Situasi 11  ( 28 Januari 2011)


Hari ini, pertama kali aku akan menaiki kapal terbang dari LCCT, Kuala Lumpur ke destinasi yang ingin dituju iaitu Labuan. Penerbangan aku akan berlepas pada jam 7.45 pagi. Penumpangu  perlu berada di sana satu jam lebih awal. Abangku, Sofian telah menghantar aku ke LCCT awal pagi lagi. 

Semasa berada di LCCT, aku melihat pelbagai gelagat manusia. Masing-masing sibuk menguruskan hal sendiri. Aku kebingungan kerana inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke LCCT. Aku tidak tahu cara atau prosedur yang perlu diikuti semasa ingin melepasi balai pelepasan. Mungkin inilah masanya untuk aku berdikari. 

Selepas melepasi pintu keselamatan, aku dikehendaki menunggu di hadapan pintu pelepasan ke Labuan. Satu situasi perbualan antara dua pihak menarik perhatianku. 

Individu A : Bang, di sini ke pintu pelepasan untuk ke Labuan?
Individu B : Eya la. Takkan kamu ni tak sekolah, tak pandai membaca ker?
Individu A : Maaflah ini pertama kali saya berada di sini.

 Perbualan di atas menunjukkan sikap kasar yang ditunjukkan oleh Individu B yang menjawab pertanyaan Individu A dengan tidak sopan. Individu B langsung tidak menghormati Individu A sedangkan Individu A telah bertanya dengan baik. Sepatutnya Individu B perlulah belajar untuk lebih mesra dan ikhlas dalam segala perbuatan termasuklah dalam berkomunikasi.   

No comments:

Post a Comment