Jemput masuk....

Sunday, March 20, 2011

Sosiolinguistik

Situasi 40 ( 18 Mac 2011, Jumaat ) 












Situasi ini merupakan situasi yang terakhir untuk tugasan Sosiolinguistik. Namun, ia tidak berakhir di sini sahaja, sekiranya terdapat kelapangan, aku akan sentiasa mengaktifkan blog Sosiolinguistik untuk berkongsi tentang bahasa dan masyarakat. Sekalung penghargaan buat pensyarah tersayang, Dr. Siti Saniah Abu Bakar yang telah memeberi peluang kepada aku untuk belajar mengenali apa itu blog. Sekiranya tidak ada tugasan seperti ini sudah pasti aku tidak berkemahiran untuk menghasilkan dan menguruskan blog ini. Jutaan terima kasih juga buat sahabat-sahabat yang banyak memberi tunjuk ajar dalam proses untuk membuat blog ini. 

Melalui blog ini, aku dapat mngetahui mengenai perkaitan bahasa dengan masyarakat. Itulah yang dikatakan ilmu Sosiolinguistik. Sosiolinguistik ialah kajian tentang bahasa yang berkaitan dengan masyarakat. Ia juga berkaitan dengan bentuk-bentuk tindakan manusia dalam masyarakat. Kesemua situasi yang dicoretkan dalam blog ini adalah berkaitan dengan bahasa dan masyarakat. 

Terdapat juga pendapat tokoh mengenai Sosiolinguistik.Contohnya ;
R.Appel menyatakan sosiolinguistik ialah kajian tentang bahasa dan pemakaian bahasa dalam hubungannya dengan masyarakat dan kebudayaan. 

Nikolas Coupland &Adam Jaworski pula menyatakan sosiolonguistik ini sebagai kajian tentang bahasa dalam konteks sosialnya dan kajian kehidupan sosial melalui linguistik. 
P.W.J Nababan menaytakan sosiolinguistik sebagai kajian atau pembahasan dari bahasa sehubungan dengan penutur bahasa itu sebagai anggota masyarakat. 

Kita perlu mengetahui ataupun perlu belajar ilmu Sosiolinguistik ini kerana ia sangat berkait rapat dengan kehidupan kita. Melalui ini, kita dapat mengetahui pelbagai perkara berkaitan dengan bahasa dan masyarakat. Setelah membuat tugasan, barulah timbul kesedaran mengenai kepentingan ilmu ini. Sebelum ini, aku tidak dilatih untuk membuat kajian tentang bahasa secara bersiri ataupun dalam bentuk diari harian seperti ini. 

                                                                                                      Terima kasih, Suzie Suziana
  

Latihan Pengajaran Makro

Situasi 39 ( 17 Mac 2011, Khamis ) 



Aku bersama tiga orang lagi sahabatku iaitu Ummi, Shanti dan Jeda menjadi juri bagi menilai latihan pengajaran Makro kumpulan yang lain bagi kursus Teknologi dan Penaksiran 2. Secara keseluruhan, pangajaran yang dilakukan oleh kumpulan yang kami nilai adalah baik. Kumpulan 7  telah memilih untuk menagajar gaya bahasa dalam cerpen. Hanya terdapat sedikit sahaja kekurangan iaitu dari segi pemantauan guru, penilaian dan lain-lain. Namun, perkara ini masih boleh diperbaiki lagi. Bahasa yang digunakan semasa pengajaran juga baik dan lancar. Kita sebagai seorang guru perlulah mengajar dengan menggunakan bahasa yang baik dan lancar serta intonasi yang sesuai supaya pengajaran berjalan dengan lancar. 

Selepas itu, terdapat pula peneguhan daripada pensyarah sendiri iaitu Dr Idris. Komen dan nasihat yang telah diberikan semasa proses penilaian oleh Dr Idris sangat baik dan berkesan. Ia boleh dijadikan panduan kepada kami semasa menjadi guru di sekolah nanti. Contoh model pengajaran mereka iaitu Kontruktivisme ; 


MODEL PENGAJARAN

Pembelajaran Konstruktivisme

·         Setiap murid memiliki ZPT (zone of proximal development).
·         Zpt boleh dikembangkan dengan bantuan orang dewasa atau orang yang leboh tahu.
·         Dalam pengajaran dan pembelajaran, bantuan ini dikenali sebagai perancah (scarfolding)
·         Perancah boleh terdiri daripada perancah prosedur (dalam bentuk fasa-fasa) dan perancah alat (kaedah/alat yang digunakan untuk menyokong pencapaian objektif)

Teori

Teori sosiobudaya Vigotsky

Fasa-fasa pengajaran

Fasa
Fungsi Pembelajaran dan Motivasi

Fasa 1 : Orientasi

Menetapkan hala tuju pembelajaran


·         Menarik perhatian murid
·         Murid tahu tahap kemahiran yang hendak dicapai

Fasa 2 : Pencetusan idea

Murid bertukar-tukar pengalaman dan menambah pengetahuan sedia ada.

·         Mengaktifkan pengetahuan lampau.
·         Mengesan idea baharu.

Fasa 3 : Penstrukturan semula

·         Menyusun semula pengetahuan hasil pecampuran idea lama dengan idea baharu.
·         Membentuk skema pengalaman yang baharu.

Fasa 4 : Aplikasi idea

Melaksanakan tugasan dalam situasi sebenar.

·         Pendedahan kepada pengalaman sebenar.

Fasa 5 : Rafleksi

·         Membuat penilaian terhadap kesahihan maklumat/kemahiran yang diperoleh.


Contoh Rancangan Mengajar Tingkatan 4

Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran

10.0   Memahami dan memberikan respons peribadi tantang karya sastera.

10.4   Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai dan pengajaran.


Aras 1 (v)

Menjelaskan aspek watak dan perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, dan sudut pandangan.
Fasa dan isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Akat/KBT/Nilai

Fasa 1 : Orientasi

Pernyataan watak dan perwatakan

·         Berjalan tergopoh-gapah.
·         Segak.
·         Pemegang tombak.
·         Tingginya 6 ka. 2 iin.
·         Mereka berkawan baik.
·         Marah.

Hala tuju pelajaran

Menjelaskan watak dan perwatakan melapui penlisan biodata watak yang dipilih.


·         Guru memastikan murid memahami maksud watak dan perwatakan dengan cara memilih pernyataan yang berkaitan dengan watak dan perwatakan.


·         Guru menyatakan hala tuju pelajaran hari ini.

Power point

Fasa 2 : Pencetusan idea




·         Murid membaca pantas drama “Kerana Manisnya Epal”.
·         Guru memberi tunjuk cara kaedah yang digunakan untuk mengenali aspek watak dan perwatakan dalam teks.
·         Murid menggariskan aspek watak dan perwatakan yang ditemukan dalam drama.
·         Murid mencatatkan ciri watak dan perwatakan yang dipilih.

·         Murid menceritakan aspek watak yang dipilih kepada kelas.
·         Tulis dalam bentuk poin aspek watak dan perwatakan yang dipilih.
·         Murid lain menokok tambah kedua-dua aspek watak dan perwatakan yang dipilih.

KBT – membaca dan menggaris perkataan/ungkapan penting.










KBT – membaca dan mencatat perkara penting.

Fasa 3 :Penstrukturan semula


·         Murid menyemak semula ciri watak dan perwatakan berdasarkan candangan daripada rakan.
·         Murid menyediakan satu senarai watak dan perwatakan yang terkini.

KBT - membaca pantas

Fasa 4 : Aplikasi idea

Tatabahasa

·         Murid menggabungkan pernyataan tentang watak dan perwatakan yang terdapat dalam senarai untuk meringkaskan laporan.


Pembinaan boidata

·         Guru menunjukkan contoh penulisan biodata.
·         Murid meniru contoh penulisan berdasarkan pernyataan tentang watak dan perwatakan yang dibina.
·         Menyiapkan biodata.



Contoh teks penulisan biodata.

Fasa 5 : Refleksi

·         Pelajar menyemak format dan maklumat yang terdapat pada biodata.
·         Pelajar membantu rakan untuk membaiki tugasan.

Skema/Format biodata

Tugasan

Situasi 38 ( 16 Mac 2011, Rabu )

Aku bersiap untuk ke Kolej Harun Aminurashid, KHAR kerana ada perbincangan kumpulan. Kami membuat tugasan Sematik berkumpulan daripada jam 10.00 pagi hinggalah jam 5.00 lebih. Kami bertungkus -lumus di bawah Blok 3 bagi menyiapkan tugasan berkumpulan yang diberikan. 

Oleh sebab penat dan letih, berlaku juga sedikit masalah dalam kumpulan aku, tetapi kami masih dapat mengawalnya. Ada jugak rakanku yang sudah mula bercakap seperti ingin marah tetapi sebenarnya itu adalah pengaruh emosi sahaja. Mungkin masing-masing tengah penat membuat tugasan tersebut. Seharian bersama mereka sangat berbaloi kerana kami berjaya menyiapkan tugasan tersebut dan dapat dilihat kerjasama yang diberikan antara ahli kumpulan. Kerjasama sangat penting, kerana tanpa kerjasama sudah pasti tugasan tersebut tidak dapat disiapkan dengan lancar. 

Tugasan kami berkaitan dengan kata ganti nama diri dalam dialek Kelantan, Kedah dan Sarawak. Kami perlu membuat perbandingan makna sama ada kata ganti nama diri yang digunakan adalah sama atau tidak dari segi sebutan, ejaan dan makna.Inilah contoh perbezaannya;  


Jenis
Bahasa Melayu standard
Dialek Kelantan
Dialek Kedah
Dialek Melayu Sarawak
Diri Pertama





-          Saya
-          Aku

-          Beta
-          Hamba
-          Patik
-          Kami


-          Kita
-          Sayo
-          aku
-          kawe
-          beta
-          ambo
-          patik
-          sek aku/ awok aku/ puok aku
-          sek kito/ awok kito/ puok kito
-          saya
-          aku

-          beta
-          hamba
-          patik
-          kami


-          kita
-          sayak
-          akuw

-          Beta
-          Hamba
-          Patik
-          Kamek


-          kita
Diri Kedua
-          Anda
-          Awak
-          Engkau/kau
-          Kamu

-          Kalian
-          Mu
-          Awok
-          Demo


-          Demo semo/ mu semo/ awok semo
-          Sek mu/ awok mu

-          Cheq / mika
-          Hang
-          Hangpa/ moha/ kamu
-          Hangpa


-          Kauw
-          Kauw
-          Kitak
Diri ketiga
-          dia / ia
-          beliau
-          mereka
-          dio / yo
-          beliau
-          sek dio/ awok dio/ puok dio/ demo tu
-          dia/ ia/ nya
-          beliau
-          depa / mereka
-          nya

-          mereka

Pisang (bahasa menggiat)

Situasi 37 ( 15 Mac 2011, Selasa )








 











Aku menelefon Nazri untuk bertanya sama ada betul atau tidak  kulit pisang dapat menghilangkan parut. Kaki aku telah terkena ekzos motosikal dua minggu yang lepas. Kini luka tersebut sudah kering. Menurut salah seorang rakanku, dia memberikan cadangan untuk menghilangkan parut dengan menggunakan kulit pisang. Ini adalah petua daripada ibunya.

Aku : Bang, betul ke kulit pisang dapat hilangkan parut?
Nazri : Setahu abang betul. Mama pun ada bagitau camtu kat abang dulu. Dulu abang pernah kena ekzos juga, hari-hari abang gosok ngan kulit pisang. Sekarang dah hilang parut tu.
Aku : Ala, Umi kena banyak makan pisang la ni.
Nazri : Eya la. Jangan jadi macam "golongan atasan yang makan pisang dah la."
Aku : Abang ni. Jahat tau cakap umi camtu. (sambil tergelak)



Ayat " golongan atasan yang makan pisang " sebenarnya boleh dikategorikan dalam bahasa menggiat. Bahasa menggiat ialah bahasa tidak tepat, seakan-akan sindiran juga tetapi tidak berisi kiasan. Tujuannya adalah untuk mengusik, bersenda-senda atau bersungguh-sungguh betul sehingga orang yang terkena menjadi malu.

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan