Jemput masuk....

Friday, February 18, 2011

Bahasa Kita..

Situasi 10 (26 Januari 2011, Rabu)


Kini, semakin ramai dalam kalangan anak Melayu kita yang mula melupakan adat-adat dan sopan santun dalam berbahasa.


Situasi ini berkaitan dengan bahasa mengejek yang digunakan secara terangan antara dua pihak yang aku dengar sendiri di kawasan pekan Tanjung Malim.


Hari ini,aku tidak mempunyai kuliah. Jadi aku telah ke pekan untuk membeli barangan rumah di Grand Union. Selepas keluar dari Grand Union, aku terdengar komunikasi antara dua pihak.


Individu A : Kau ni ibarat lalang ditiup angin,ikut ja apa bos kau kata. Ni la aku kata, law kau tak bercakap,nampak bodoh,law kau bercakap,memang bodoh pon.


Individu B : Ntah la..


Ini menunjukkan komunikasi antara dua orang sahabat yang negatif. Ini kerana bahasa yang digunakan oleh individu A ialah bahasa mengejek, dia telah mengejek individu B. 


Ulasan : Sepatutnya individu A menasihati individu B dengan bahasa yang sopan dan baik. Tetapi dalam situasi di atas, individu A telah menggunakan bahasa mengejek. Bahasa mengejek ialah bahasa yang mengata seseorang dengan perkataan yang tepat tetapi dengan gaya yang mengajukkan keburukannya. Kita seharusnya menggunakan bahasa yang baik dan sopan apabila berkomunikasi dengan sahabat kita ataupun orang lain.

Friday, February 11, 2011

Bahasa Inggeris di Melayukan..

Situasi 9 ( 24 Januari 2011, Isnin ) 


Aku tertarik melihat satu artikel mengenai bahasa Melayu yang semakin luntur. 




Terdapat bahasa Inggeris yang sudah di Melayukan yang semakin hilang identitinya. Terdapat banyak perkataan yang diceduk bulat-bulat dari bahasa Inggeris contohnya dalam gambar di atas menggunakan perkataan "join" melambangkan "menyertai." Bahasa Malaysia ataupun bahasa Melayu yang betul? Ini satu persoalan yang harus diberi penjelasan. Sebenarnya bahasa Melayu yang betul kerana bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan oleh orang Melayu dan mengikut perlembagaan sendiri menyatakan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Tidak pula dalam perlembagaan itu menyatakan bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan kita. 


Ulasan : Oleh itu, kita harus memandang serius memandangkan masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan seharian termasuklah campuran bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Pihak yang bertanggungjawab haruslah mencari jalan bagi memperkayakan bahasa Melayu. 

Bahasa Rojak

Situasi 8 ( 22 Januari 2011, Sabtu )


Aku tertarik melihat blog Shahfiz Iqram berkenaan dengan penyalahgunaan bahasa rojak dalam media. Media berperanan sebagai penyebar maklumat seharusnya menggunakan bahasa dengan betul. Media juga merupakan sumber yang sering digunakan oleh para pelajar atau penutur bahasa Melayu sebagai sumber rujukan. 


"Media cetak masih menghidangkan menu bahasa rojak kepada masyarakat umum. Bahasa Melayu telah dicampuradukkan dengan bahasa asing secara berleluasa." 


Inilah antara petikan yang menarik perhatian aku. Jika dilihat memang tidak dinafikan banyak penggunaan bahasa rojak dalam media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Contohnya;


Penggunaan kata yang tidak sesuai iaitu  " meriangkan selera" boleh ditukar kepada " membuka selera"




"Memang Power" boleh digantikan dengan  " Memang Berkuasa"



Novel Islamik ( VT )

Situasi 6 (21 Januari 2011,Jumaat)

Akhirnya dalam masa dua hari, habis juga aku membaca novel motivasi remaja yang dipinjam dari sahabatku, Fatin. Tajuk novel tersebut ialah VT. Pandangan awal bagi aku adalah novel tersebut nampak membosankan, namun setelah membacanya, ia mampu mengubah pandanganku tadi kearah satu pandangan yang baru iaitu novel tersebut sangat menarik. 




Novel ini mengisahkan  perjuangan islam menerusi sukan bola tampar di Ma'ahad At Tarbiyyah al-Islamiyyah, MATRI. Sukan ini dianggap juga sebagai ibadah. Pada awal penceritaan, telah diceritakan perpecahan dalam kalangan ahli pasukan bola tampar MATRI yang menyebabkan pasukan ini akan dibubarkan. Seterusnya, penulis memuatkan juga masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli pasukan bola tampar itu. Mereka mempunyai masalah keluarga dan juga masalah disiplin di sekolah. Kemudian, muncul watak Ustaz Hussan yang telah berjaya mengubah ssikap ahli-ahli Volleyball Team, VT. Hussam menggalas cabaran merawat dua belas pemain yang pelbagai masalah dan ego. 

Satu situasi yang perlu diambil perhatian ialah menerusi watak Cikgu Senan, jurulatih pasukan lawan iaitu pasukan SSNP yang telah menggunakan pelbagai  cara kotor dalam memenangi perlawanan sehingga sanggup membunuh. Ini adalah contoh petikan yang dipetik daripada novel tersebut; 

" Ustaz, ambil sahajalah."
" Cikgu, saya bertegas ni."
" Ustaz jangan berlagak sangat. Ustaz fikir kumpulan Ustaz boleh menangkah? Dari kalah tidak dapat apa-apa, baik Ustaz ambil duit ni. "
" Kalau begitu, apa yang Cikgu perlu takutkan? "
" Saya ada reputasi yang perlu saya jaga "
" Semata-mata anugerah itu, cikgu sanggup melanggar arahan Allah SWT? "

Ulasanku : Melalui dialog perbualan diatas jelas menunjukkan sikap Cikgu Senan yang sanggup merasuah Ustaz Hussam dengan duit yang banyak bagi memenangi perlawanan tersebut. Namun, Ustaz lebih bijak bertindak dan tetapkan keimanan supaya tidak terpengaruh dengan godaan keduniaan semata-mata. Cikgu Senan sanggup juga melanggar arahan Allah SWT demi kejayaan dan nama. Bahasa yang digunakan oleh Cikgu Senan kasar, namun telah dibalas oleh Ustaz dengan berhemah. Inilah realiti kehidupan sekarang. Kita leka dan hanya sibuk dalam mengejar kejayaan, pangkat dan nama sehingga lupa pada hari pembalasan. Masyarakat sekarang sibuk mengejar dunia dari akhirat. Oleh itu, novel motivasi ini haruslah dibaca dan dijadikan pegangan memandangkan mempunyai sentuhan islami yang berkesan. Ia menyantap minda dan rohani. 

Wednesday, February 9, 2011

Pergaulan Bebas...

Situasi 5 ( 20 Januari 2011, Khamis)

Hari Pertama Hari Terbuka  Kolej Za'ba, aku  sempat berlegar-legar menyaksikan ramai siswa/i memberi  sambutan terhadap acara dan program-program yang dilaksanakan. " Memperkasa Ilmu Merekayasa Kepimpinan " begitulah motto yang dicipta oleh JMK Kolej Za'ba berbentuk ilmiah dan mempunyai daya tarikan tersendiri sedikit sebanyak mecipta rasa kebersamaan antara Kepimpinan Kolej Za'ba bersama siswa/i UPSI selama empat hari berturut-turut.

Perkara yang ingin disentuh ialah situasi pada waktu malam. Kebanyakannya ramai pengunjung yang datang pada waktu malam. Ada yang datang secara berpasangan antara lelaki dan perempuan dengan menaiki motosikal bersama-sama. Ini menunjukkan tidak ada batas dalam pergaulan mereka yang tidak mempunyai ikatan yang sah di sisi agama. Teringat pula pada kata-kata ustaz " lebih baik sentuh babi (khinzir) dari kita sentuh anak orang atau perempuan yang bukan muhrim kita". Betapa hinanya perbuatan tersebut. Ini kerana ia boleh mendorong kepada perbuatan zina. Ada pula yang berpegangan tangan semasa berjalan-jalan sekitar gerai jualan. Kebanyakan pengunjung terdiri daripada pelajar UPSI,dan ada juga dari pihak luar. 

Ulasanku : Kita bukan menyalahkan kepada Hari Terbuka tersebut, malah menyokong segala aktiviti yang dilakukan dan tidak dinafikan yang aktiviti tersebut sangat baik. Tetapi kita haruslah pandai menjaga batas pergaulan dan menjaga maruah diri semdiri. Sekiranya pandai menjaga diri, ke mana pun kita pergi nescaya kita tidak akan melampaui batas. 

Antara gambar aktiviti yang dijalankan :

 

 








 

Sayangi Sesama Makhluk...

Situasi 4 ( 19 Januari 2011,Rabu

Sebuah lagi kisah yang agak menarik bagiku. Aku tinggal di Kolej Aminuddin Baki di Blok E303 bersama lima orang sahabat dari program Pendidikan Islam. Mereka saling menasihati antara satu sama lain. Kami hidup berdasarkan tolak ansur dan saling memahami. 

Satu perkara yang sudah menjadi kebiasaan dalam hidup kami ialah kehadiran kucing ke rumah kami. Kucing selalu datang ke rumah kami tidak kira masa. Itu yang membuat kami hairan. Persoalan yang bermain dalam fikiran kami ialah kenapa kucing tersebut tidak pula ke rumah orang lain? Mungkin kerana kami selalu melayan dan memberi makan kucing tersebut. Kami tidak sampai hati melihat kucing tersebut kelaparan. Jika ada makanan yang lebih, kami akan berikan kepada kucing tersebut. "Daripada kita membazir,lebih baik kita sedekahkan. Lagipun membazir itu amalan syaitan."  itulah antara kata-kata sahabatku.

Pada malamnya, aku keluar untuk menjemur kain di luar. Aku melihat lucing tersebut sedang dihalau oleh salah seorang penghuni blok ini. pelajar tersebut memukul kucing tersebut dengan penyapu. Mungkin kerana kucing tersebut telah mencuri lauk mereka. Tidak sampai hati aku melihat keadaan tersebut. Aku kesian melihat kucing tersebut yang lari kesakitan.

Kemudian aku menghampiri pelajar tersebut lalu menegurnya,

Aku: Kenapa tu?
Dia : Ntahla, kucing ni ha,masuk rumah saya. Nak mencuri lauk la tu.
Aku: Kenapa pukul kucing tu? kesian dia saya tengok.
Dia : eh...awak ni menyibuk jer. kalau kucing tu masuk rumah awak pun sama ja kan. Awak ni xpayah tunjuk baik la. kalau curi lauk awak,awak pukul gak.siap pijak-pijak lagi kot. hmmm tunjuk baik konon.

Itulah dialog aku dengan pelajar tersebut. 

Ulasanku : Kasar juga bahasa yang digunakan sedangkan niatku hanya ingin menegur sahaja. Tidak salah sekiranya dia menjawab dengan bahasa yang lebih baik. Bukankah Kucing juga mempunyai perasaan. Kita perlu saling membantu, bukan sahaja sesama manusia sahaja malah dengan haiwan juga. 
 
Buat renungan bersama :

Salah seorang diantara mereka yang baru masuk Islam bertanya kepada temannya, “Kenapa Syekh kita yang telah berpulang ke rahmatullah itu diberi gelar “Abu Hurairah” (bapak kucing)? Si temannya itu menjawab, “Di waktu jahiliyah namanya dulu Abdu Syamsi, dan tatkala memeluk Islam. Ia diberi nama oleh Rasulullah saw dengan nama Abdurrahman. Ia sangat penyayang kepada binatang, dan ia mempunyai seekor kucing, yang selalu diberinya makan, digendongnya, dibersihkannya dan diberinya tempat berteduh. Kucing itu selalu menyertainya kemanapun ia pergi seolah-olah baying-bayangnya. Itulah sebabnya ia diberi gelar “Bapak Kucing”.







Yusri mengambil gambar kenangan
Gelagat Nor  bersama kucing cumil

Sahabatku..Temanku..

Situasi 3 (18 Januari 2011, Selasa)


Hari ini, tiba-tiba sahaja aku teringin untuk makan sesuatu. Mulutku terasa ingin mengunyah makanan sahaja. Bayangkan sekarang sudah lewat petang iaitu kira-kira jam 6.30 petang. Kalau diikutkan jika aku keluar pergi membeli makanan ringan sudah pandai sampai lepas maghrib. Siapalah yang nak temankan aku? Aku menyatakan hasratku kepada insan tersayang yang jauh di seberang lautan. Mana mungkin dapat kami keluar bersama-sama. Malas pula aku ingin keluar seorang diri memandangkan waktu sudah lewat petang. Jika tidak keluar, aku tidak selesa pula, serba tidak kena, duduk pun tidak kena, berdiri pun sama. Macam orang mengidam pula rasanya. 

Aku sampaikan hasratku kepada rakan sebilikku yang dikenali sebagai Zie. Segan pula nak ajak dia keluar memandangkan waktu sudah lewat dan semata-mata untuk emmenuhi keinginanku sahaja. Tetapi perkara yang tidak disangka, dia sanggup untuk menemaniku hanya semata-mata untuk memenuhi keinginanku untuk makan sesuatu. Tahu tak ke mana kami pergi? Kami telah pergi ke KFC. Zie menemaniku bersama DBB7764 tersayang. Kami kehujanan dalam perjalanan. Aku tidak sampai hati melihat Zie kebasahan demi aku, lalu aku memberitahu untuk berpatah balik, tetapi dia menyuruh meneruskan sahaja perjalanan. Itulah yang membuatkan aku sangat terharu. Besarnya pengorbanan dia sehingga sanggup meredah hujan dan kebasahan demi aku. Dalam perjalanan pulang, hujan makin lebat. Namun kami terus meredah hujan yang lebat itu. Terima kasih tidak terhingga aku ucapkan kepada Zie. 

 kenangan 

zie (kanan) dan Nik (kiri)