Jemput masuk....

Saturday, March 19, 2011

Penggunaan kata panggilan

Situasi 14 ( 4 Februari 2011, Jumaat )



Sekarang aku berada di LCCT kembali. Aku sedang menunggu penerbangan yang seterusnya ke destinasi tercinta iaitu ke kampung halaman. Aku akan berlepas ke Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, Kelantan. Penerbangan aku dijangka berlepas pada pukul 7.35 pagi. 

Situasi yang menarik ingin dikongsi ialah semasa aku berbual-bual dengan salah seorang penumpang di LCCT. Ketika itu, aku sedang menanti penerbangan yang seterusnya. 


Suzie : Kak nak ke mana?
Ann : Saya nak ke  Labuan. Saya dari Kota Bharu, menghadiri majlis perkahwinan kawan saya di sana.
Suzie: Ooo...Saya plak nak ke Kota Bharu. Akak belajar lagi ker?
Ann : Taklah. Akak da keja kat Labuan. Adik masih belajar lagi ker?
Suzie: Ya, kat UPSI
Ann : Ooo..bakal cikgu la ek?
Kak Ann
Suzie : Lebih kurang la kak. 

Melalui perbualan di atas, kita dapat lihat berlakunya komunikasi yang baik. Namun, sebenarnya Kak Ann itu adalah seorang guru di Labuan. Sepatutnya aku perlu memanggilnya dengan gelaran yang sesuai seperti Puan Ann kerana status rujukannya lebih tinggi. Namun, Kak Ann sendiri menyuruh aku memanggilnya dengan panggilan kakak sahaja. Lebih mesra katanya. 

Berlainan pula dengan situsai kedua : 

Individu A : Bang, tiket abang tercicir ni.
Individu B : Aku bukan abang kamu la.
Individu A : Maaflah, saya tidak tahu status encik. Saya hanya nak gitaw sal tiket yang jatuh aja.
Individu B : Ahh...lain kali tanya dulu status orang. Sedap mulut ja panggil orang. 

Ulasan : Berdasarkan kedua-dua situasi di atas, kita dapat lihat perbezaan ragam manusia. Mungkin rambut sahaja sama hitam, tetapi hati lain-lain.Sesetengah orang mementingkan gelaran, pangkat dan darjat. oelh itu, kita juga perlu pandai menyesuaikan gelaran yang sesuai mengikut situasi dan keadaan semasa. 




sebagai hiasan






 


 







No comments:

Post a Comment