Jemput masuk....

Saturday, March 19, 2011

Parking

Situasi 18 ( 11 Februari 2011, Jumaat ) 

 Peristiwa menarik perhatian aku ialah semasa melihat pergaduhan berlaku antara dua pihak yang datang untuk menunaikan solat Jumaat di Koleh Aminuddin Baki, KAB. Pergaduhan ini disebabkan oleh perebutan tempat letak kereta " parking". Individu B telah masuk parking yang kebetulan pada masa itu Individu A juga ingin memasuki parking yang sama. Berlakulah pergaduhan antara mereka. Aku hanya melihat dari tingkap bilikku sahaja. 

Individu A : Woiii...buta ker?Aku da nak masuk kan parking tu?
Individu B : saper cepat dia dapat la bro.Rilek la.
Individu A : Rilek kepala hotak kau. Nasib baik hari ni hari Jumaat tau. 

Ulasan : Sepatutnya perlu ada tolak ansur antara kedua-dua belah pihak. Tidak perlulah terlalu mengikut ego masing-masing. Mereka perlulah bijak dalam berbicara. Gunalah perkataan yang sopan dalam mengatur bicara supaya tidak timbul sebarang pertelingkahan. 


Kita janganlah menjadi seperti Mr Bean yang melakukan perkara mengikut kehendak sendiri tanpa memikirkan kepentingan bersama. 



No comments:

Post a Comment