Jemput masuk....

Saturday, March 19, 2011

Denotasi dan Konotasi

Situasi 22 ( 16 Februari 2011, Rabu) 

Aku mengulangkaji pelajaran berkaitan dengan tajuk Denotasi dan Konotasi dalam Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu.

Denotasi ialah makna kata yang tersurat, makna kamus, dan makna rujukan.
Lawannya ialah Konotasi. Konotasi ialah makna tambahan atau makna tersirat. Contohnya ; 

Ayam tambatan : Ayam yang ditambat atau diikat dengan tali atau lain-lain pengikat. ( Denotasi )
Ayam tambatan : Orang harapan atau penting di dalam satu kumpulan, pasukan. ( Konotasi )

Konotasi juga lebih kepada unsur kiasan. Biasanya, untuk menyampaikan sesuatu perkara yang dianggap sensitif, kita akan menggunakan unsur kiasan. Unsur inilah disebut konotasi. Selain itu, ada juga yang menggunakan unsur kiasan untuk mempersendakan orang lain. Contohnya dalam drama bersiri Halimah Jongang. Lagu tema cerita tersebut mempunyai unsur konotasi, iaitu sindiran kepada watak Halimah yang mempunyai gigi jongang. 

Ulasan : Jika kita lihat dari aspek yang berbeza, konotasi ini mempunyai kesan posif dan juga negatif. Kita perlulah bijak menggunakan unsur kiasan supaya tidak ada yang terguris perasaan. Jika kiasan itu untuk kebaikan bersama, memang wajar dilakukan dan sekiranya tidak, maka kita perlu cuba untuk mengelakkannya. 
 

No comments:

Post a Comment