Jemput masuk....

Saturday, March 19, 2011

Usaha Tangga Kejayaan

Situasi 20 ( 13 Februari 2011, Ahad )

" Usaha Tangga Kejayaan". Inilah yang boleh dipadankan dengan sikap rakan serumah aku yang bernama Akma. Akma seorang yang rajin dan baik hati. Dia dari program Pendidikan Islam. Perkara yang paling aku kagumi ialah semangat juangnya yang tinggi. 

Hari ini, Akma mempunyai tugasan yang perlu di siapkan. bermula dari pagi hingga petang, ada sahaja kerja yang perlu diselesaikan. Pada waktu malam, Akma ada perjumpaan pula. Dia bersiap untuk pergi perjumpaan di surau KAB. Kemudian, lewat malam baru dia naik ke bilik. Walaupun sudah penat seharian, Akma tetap bertenaga dan masih dapat membuat tugasan yang perlu dihantar kepada pensyarahnya. 

Semasa Akma sedang membuat tugasan, aku menegurnya. Dia menjawab segala pertanyaan aku diiringi dengan senyumannya yang manis. Walaupun penat, Akma masih menggunakan bahasa yang baik apabila berkomunikasi dengan aku. Sebaik mungkin dia cuba menjawab dengan sopan dan lemah lembut. Itulah sikapnya yang sangat disukai oleh rakan-rakannya yang lain. 

Ulasan : Kita dapat menjadikan sikap Akma ini sebagai contoh teladan dalam menjalani kehidupan seharian. Walaupun penat dan letih, kita perlulah cuba untuk mengawal emosi dan berfikiran positif supaya fikiran kita tidak terganggu. Jika kita terlalu mengikut emosi, tidak mustahil bahasa yang kasar akan keluar dari mulut kita. Setiap perkara yang dilakukan haruslah diiringi dengan usaha dan tawakkal. INsyaAllah kita akan berjaya dengan kehendak yang Maha Esa.

Saidatul Akma

No comments:

Post a Comment