Jemput masuk....

Saturday, March 19, 2011

bahasa Brunei

Situasi 13 ( 1 Februari 2011, Selasa )

Aku seperti biasa akan bangun awal pagi untuk menolong mama Nazri di dapur. Nazri pula sudah bersiap untuk ke pejabat. Aku mengambil peluang melayan Nazri sarapan. Ini adalah sebagai latihan awal sebelum kami mendirikan rumah tangga. 

Hari ini, jadual aku ialah lawatan ke rumah saudara mara Nazri. Si Noey, adik Nazri yang mengiringi aku ke rumah saudara terdekat. Terlalu sukar bagiku untuk berkomunikasi dengan mereka memandangkan mereka mengguna bahasa Brunei yang sangat pekat. ikutilah beberapa situasi perbualan antara aku dan saudara mereka : 

Situasi 1 ( Rumah Babu 

Babu : Namanyak siapa?
Suzie (aku) : Suzie
Babu : Gi mana kamo di sini ani.ok bah?kami orang di sini guna bahasa Brunei   pakat. Marati ka kamu apa kamik cakap?
Suzie : Faham saja, siket-siket bah.

Ulasan : Sebenarnya aku tidak faham sangat apa yang ditanya. Aku cuba melihat dari segi konteks ayat sahaja. Melalui itu, aku dapat memahami soalan yang ditanya. sebenarnya tidak sukar mempelajarinya, kita boleh mengkaji maksud yang ingin disampaikan melalui konteks ayat. 



 

No comments:

Post a Comment