Jemput masuk....

Saturday, March 19, 2011

Arahan papan tanda



Situasi 16 ( 6 Februari 2011, Ahad )

Aku bertolak pulang ke Tanjong Malim dengan abang Pian. Abang Pian telah singgah di stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak keretanya. Peristiwa yang ingin dikongsi ialah berkaitan dengan perilaku dan gelagat pemandu yang tidak mematuhi peraturan papan tanda di stesen minyak. Terdapat papan tanda yang memberitahu supaya dilarang merokok, menggunakan telefon bimbit dan matikan enjin. Tetapi arahan ini langsung tidak dihiraukan oleh pemandu tersebut. Beliau seperti tidak nampak papan tanda tersebut. Sedangkan ia boleh menyebabkan kebakaran. Beliau terus menjawab telefon bimbitnya walaupun telah ditegur oleh seorang petugas di situ. 

Ulasan : Sepatutnya kita sebagai pengguna perlulah mematuhi peraturan yang ditetapkan kerana setiap yang telah ditetapkan ada sebab dan akibatnya. Papan tanda tersebut juga jelas dan mudah difahami. 






video

 

No comments:

Post a Comment