Jemput masuk....

Saturday, March 19, 2011

Terima Kasih Awak

Situasi 21 ( 15 Februari 2011, Selasa )

Hari ini cuti Maulud Nabi Muhammad S.A.W. Hari selasa merupakan hari yang sangat letih bagi aku. Kuliah aku penuh dari pagi hinggalah jam 7.00 petang. Memandang hari ini cuti, aku terlalu gembira. Aku menggunakan waktu ini untuk mendapatkan rehat yang secukupnya. 

Aku tertarik melihat video yang ditunjukkan oleh rakan sebilik aku yang bertajuk " Terima Kasih Awak". Video ini begitu menyayat hati dan menyentuh perasaan di samping memberikan pengajaran tentang erti sebuah perhubungan. 
 Terdapat kesalahan penggunaan bahasa dalam video ini. Bahasa yang digunakan mempunyai campuran iaitu campuran bahasa Inggeris, bahasa Slanga dan bahasa ringkas. contohnya ; 

Awak....
Hari ni saya happy sangat
Awak datang konvo saya
Tapi saya buat2 biasa je
Egonya saya, padahal hati tu suka

Awak....
Hari ni saya tengok gambar kita
saya terfikir,
Awak selalu tak tengok macam saya?
What ever tuhan aje yang tahu 



Ulasan : Walaupun video tersebut memberikan nilai dan pengajaran kepada kita, namun dari aspek bahasa, terdapat kesalahan penggunaan bahasa. Sepatutnya video tersebut boleh digubah menggunakan bahasa yang lebih indah dan mengikut hukum bahasa Melayu yang betul.

No comments:

Post a Comment