Jemput masuk....

Saturday, March 19, 2011

Ejaan ringkas dan padat

Situasi 15 ( 5 Februari 2011, Sabtu )

Aku hanya menghabiskan masa bersama keluarga tersayang di rumah sahaja. Aku akan berangkat ke Tanjong Malim pada keesokan harinya. Situasi yang ingin dikongsi ialah berkaitan denga hasil penulisan karangan adikku, Fazhil. Antara ayat yang menarik perhatianku ialah : 

" Di kampung saya ada pertandingan wau. Cikgu Yaacob telah benang. Cikgu Yaacob buleh hadiah duit dan hamper. Wau Cikgu Yaacob yg paling tinngi naik. " 

Ternyata adikku masih terikut-ikut dengan penggunaan dialek Kelantan, menggunakan ringkasan "yg" dalam penulisan. Apabila aku bertanya tentang kesalahan ini, dia hanya memberitahu bahawaejaan itu ringkas dan padat. Jawapannya membuatkan aku tergelak. 

Ulasan : Kita haruslah cuba untuk memperbaiki sistem ejaan. tidak perlulah kita meringkaskan ejaan bagi mempercepatkan dan memendekkan hasil penulisan. Ini akan menimbulkan kesukaran kepada pihak-pihak yang tidak memahaminya dan akan merosakkan bahasa Melayu kita. Kita haruslah 
 menggunakan bahasa Melayu tinggi supaya bangsa kita juga dipandang tinggi.

Contoh kesalahan ejaan ringkas
 

No comments:

Post a Comment