Jemput masuk....

Saturday, March 19, 2011

Hormati sahabat kita

Situasi 17 ( 9 Februari 2011, Rabu ) 


Aku menonton televisyen di bilik bacaan sambil mencuci kain menggunakan mesin basuh. Ramai juga pelajar yang sedang menunggu giliran untuk mencuci kain masing-masing. Kemudian, sedang kami asyik menonton cerita bersiri di TV3, datang seorang pelajar perempuan. Dia mengambil remote TV lalu menukar siaran. Tanpa menghiraukan orang lain, dia terus melihat cerita kartun. Patutkah bakal guru bertindak sedemikian? Kami menunjukkan aksi kurang senang, namun dia buat tidak tahu sahaja. Susah betul jika terpaksa berdepan dengan orang seperti ini yang tidak pandai menghormati orang lain. 


Ulasan : Kita tidak boleh mementingkan diri sendiri. Sesekali kita kena juga melihat kepentingan orang lain. Kita perlu memikirkan juga perasaan orang lain. Mungkin kita boleh lihat bahasa badan yang digunakan oleh sahabat kita yang lain sama ada mereka selesa atau tidak dengan tindakan dan sikap kita seperti itu. Bahasa badan juga sangat memainkan peranan. Kita boleh mngetahui perasaan seseorang melalui bahasa badan yang ditunjukkan.  Cuba kita lihat video sebagai renungan apabila seorang sahabat tidak menghormati sahabat lain yang sedang tidur : 







No comments:

Post a Comment