Jemput masuk....

Saturday, March 19, 2011

Bahasa Slanga

Situasi 23 ( 18 Februari 2011, Jumaat ) 

Aku bersama rakanku, Akma ke Tasik Proton City untuk bersenam "jogging". Peristiwa yang berkaitan dengan penggunaan bahasa juga dapat dilihat semasa kami berhenti rehat. 

Kami mendengar perbualan sekumpulan pemuda yang sedang berkumpul di depan tasik. 
Pemuda A : Geng, malam ni rempit jom.
Pemuda B : Gua ikut ja Bro
Pemuda C : Gua pun set ja. Kul berapa bro?
Pemuda B ; Jam 11 la beb. Ko jangan lupa bawak awek.
Pemuda A : Awek aku dah blah. Dia kata mat rempit cam kita ni hancur, tak ada masa depan. Habuk punya minah. 

Situasi ini menunjukkan penggunaan bahasa Slanga. Bahasa Slanga sering digunakan oleh generasi muda untuk berkomunikasi. Kata-kata diambil dari dialek atau bahasa kaum lain. Contohnya,cun, melepak, Mat Rempit, Minah, Beb, Bro dan sebagainya. 

 

No comments:

Post a Comment