Jemput masuk....

Sunday, March 20, 2011

Dialek

Situasi 25 ( 20 Februari 2011, Ahad ) 

Aku ingin berkongsi sedikit mengenai dialek yang aku baca melalui nota Dr Siti Saniah.  Dialek ialah loghat, pelat ataupun satu kelainan bahasa yang berbeza dari segi bentuk sebutan, tatabahasa dan kosa kata berbanding bahasa baku. 

Terdapat tiga pecahan dialek iaitu dialek sosial, dialek daerah dan dialek seketika. Dialek sosial dikenali juga sebagai dialek kelas atau sosiolek. Dialek ini dituturkan mengikut kelas sosial penutur. Dialek daerah ialah dialek yang dituturkan oleh kumpulan manusia dalam satu-satu kawasan geografi. Contohnya, dialek Kelantan, dialek Terengganu, dialek Utara dan dialek Negeri Sembilan. Dialek seketika dikenali juga sebagai state of language. Ia dilihat dari segi zaman. 


Kita perlu menghormati loghat atau dialek negeri masing-masing. Kita tidak boleh memperlekehkan dialek orang lain. Terdapat juga nilai dan pengajaran yang disampaikan dalam penggunaan dialek contohnya dalam nyanyian dikir barat menggunakan dialek Kelantan, iaitu lagu Anak Tupai yang dinyanyikan oleh Halim Yazid, seorang pensyarah di Universiti Malaya. 


Halim Yazid - Anak Tupai (Dikir Barat)

ado sekor anok tupai atah julai mokte
kudung ekor perut lapar jalan cari makan

kejadian tuhan dipanggil nama tupai
asalnya dale hutan sejenis mamalia

kalu pasal jakit kok dehe dialah yg paling pandai
jatuh jare jare kerana dia tak sobar

pandai pandai tupai melompat jatuh tanah jugok
tak wi gambar ore jahat jale telajok mangok

ore jame ritu pakat hambat tupai
bimbe ko woh kayu takuk tokdan besar

nyor derian duku kalu dan nye kerit tupai
pendek tahun tu nyor derian takdan nak jual

ore sekepung tupai sekor berambat hari hari
nya pakat likung nya pakat pekong tupai takleh lagi

sakat bedil ado tupai habih mati
hok ni lah saya raso kita sangat rugi

kita manusio tinggi mana pun kita ngaji
nak wat tupai sekor tentu sekali nya tak jadi

loni kapung atau bandar jare buleh tgk
bapok tupai ibu tupai jale bawak anok

rasa kesian sungguh tgk sekor ke anok tupai
kerana telajok kuruh sapa tokleh nak niti pagar

bulu bulu pun habih luruh air mato bederai derai
mari dale baruh bekali kena racun tebaka

ado sekor anok tupai atah julai mokte
kudung ekor perut lapar jalan cari makan 
 

No comments:

Post a Comment