Jemput masuk....

Sunday, March 20, 2011

Bahasa Kebangsaan

Situasi 33 ( 6 Mac 2011, Ahad )

 Hari ini aku meluangkan masa untuk membuat nota ringkas tentang bahasa Kebangsaan yang akan dibentangkan pada hari Khamis semasa kelas Sosiolinguistik. Kami telah membuat pembahagian masing-masing dalam tajuk " Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan luas". Aku ingin berkongsi sedikit mengenai bahasa Kebangsaan. 

Bahasa Kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara yang unik. Bahasa Kebangsaan juga diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut. Bahasa Kebangsaan merupakan lambang jati diri negara. Terdapat juga negara yang mempunyai lebih daripada satu bahasa Kebangsaan iaitu Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan bahasa Inggeris sebagai bahasa Kebangsaan. 

Melalui ulangkaji yang dibuat, aku dapat mengetahui serba sedikit mengenai bahasa Kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa Kebangsaan seperti yang telah termaktub dalam Perkara 152. Betapa sukarnya proses dalam pemilihan bahasa Kebangsaan kerana telah mendapat banyak tentangan apabila ingin menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan di Malaysia. Namun, setelah usaha gigih daripada pihak kerajaan, kita berjaya mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment