Jemput masuk....

Sunday, March 20, 2011

Pertunangan

Situasi 34 ( 12 Mac 2011, Sabtu )


Hari ini merupakan hari pertunangan abangku, Sofian. Majlis berlangsung kira-kira jam 3.00 petang di kediaman sebelah pihak perempuan di Chemor. Setelah sampai ke rumah pihak perempuan, Abang Pian tidak dibenarkan masuk memandangkan sudah menjadi adat di sana, pihak lelaki tidak dibenarkan masuk dan sertai sesi perbincangan antara  pihak lelaki dan pihak perempuan. Kami diberi layanan yang baik. Semasa sesi perbincangan, pihak lelaki iaitu wakil kepada Abang Pian, telah memulakan majlis dengan bacaan doa. Kemuadian bermulalah sesi perbincangan tentang tujuan kedatangan kami iaitu merisik dan bertunang. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Penggunaan bahasa dalam sesi perbincangan itu sangat berbeza. Bahasa yang digunakan lebih sopan dan puitis. Ia menjadikan majlis perbincangan tersebut lebih menarik dan indah. Tidak berlaku sebarang perselisihan faham sepanjang perundingan dibuat. Pihak perempuan juga lebih berdiplomasi dalam perbincangan. Kemudian, baharulah Abang Pian dijemput masuk untuk proses pertukaran cincin tetapi pihak perempuan tidak boleh keluar daripada biliknya. Jadi proses pertukaran cincin kepada pihak perempuan berlaku di dalam bilik dan disarungkan oleh Kak Long. 


Gambar hiasan
Abang Pian


No comments:

Post a Comment