Jemput masuk....

Sunday, March 20, 2011

Simpulan Bahasa

Situasi 27 ( 24 Februari 2011, Khamis ) 

Hari ini aku ke Cafe KAB dengan rakan serumahku, Nik. Nampaknya cuaca redup sahaja hari ini. Kemungkinan hari hendak hujan. Aku bersiap untuk ke cafe. Sebelum keluar, Zie sempat berpesan " bawalah payung, nanti hujan". Aku hanya menjawab, " tak apa, tak hujan lagi". 

Kemudian aku dan Nik berjalan menuju ke cafe. Tiba-tiba hujan mulai turun. Teringat balik akan pesanan Zie sebentar tadi. Nik mula bersuara " Alamak, habis la kita. Sepatutnya kita sediakan payung sebelum hujan ". Aku berlari-lari anak menuju ke tempat berteduh. " Eya la Nik, pesanan Zie tadi kita tak ambil kesah pon, padan muka kita. Kan dah basah ni, macam mencurahkan air ke daun keladi ja pesanan Zie tadi." 

Situasi ini sebenarnya berkaitan dengan penggunaan simpulan bahasa. Kadang-kadang kita tidak sedari akan penggunaan simpulan bahasa itu, keluar daripada mulut kita. Simpulan bahasa ialah mutiara bahasa dan khazanah bahasa yang terdapat dalam bahasa Melayu. Simpulan bahasa juga merupakan satu jenis peribahasa yang amat luas digunakan oleh masyarakat Melayu. 

Sediakan payung sebelum hujan

No comments:

Post a Comment