Jemput masuk....

Sunday, March 20, 2011

Latihan Pengajaran Makro

Situasi 39 ( 17 Mac 2011, Khamis ) 



Aku bersama tiga orang lagi sahabatku iaitu Ummi, Shanti dan Jeda menjadi juri bagi menilai latihan pengajaran Makro kumpulan yang lain bagi kursus Teknologi dan Penaksiran 2. Secara keseluruhan, pangajaran yang dilakukan oleh kumpulan yang kami nilai adalah baik. Kumpulan 7  telah memilih untuk menagajar gaya bahasa dalam cerpen. Hanya terdapat sedikit sahaja kekurangan iaitu dari segi pemantauan guru, penilaian dan lain-lain. Namun, perkara ini masih boleh diperbaiki lagi. Bahasa yang digunakan semasa pengajaran juga baik dan lancar. Kita sebagai seorang guru perlulah mengajar dengan menggunakan bahasa yang baik dan lancar serta intonasi yang sesuai supaya pengajaran berjalan dengan lancar. 

Selepas itu, terdapat pula peneguhan daripada pensyarah sendiri iaitu Dr Idris. Komen dan nasihat yang telah diberikan semasa proses penilaian oleh Dr Idris sangat baik dan berkesan. Ia boleh dijadikan panduan kepada kami semasa menjadi guru di sekolah nanti. Contoh model pengajaran mereka iaitu Kontruktivisme ; 


MODEL PENGAJARAN

Pembelajaran Konstruktivisme

·         Setiap murid memiliki ZPT (zone of proximal development).
·         Zpt boleh dikembangkan dengan bantuan orang dewasa atau orang yang leboh tahu.
·         Dalam pengajaran dan pembelajaran, bantuan ini dikenali sebagai perancah (scarfolding)
·         Perancah boleh terdiri daripada perancah prosedur (dalam bentuk fasa-fasa) dan perancah alat (kaedah/alat yang digunakan untuk menyokong pencapaian objektif)

Teori

Teori sosiobudaya Vigotsky

Fasa-fasa pengajaran

Fasa
Fungsi Pembelajaran dan Motivasi

Fasa 1 : Orientasi

Menetapkan hala tuju pembelajaran


·         Menarik perhatian murid
·         Murid tahu tahap kemahiran yang hendak dicapai

Fasa 2 : Pencetusan idea

Murid bertukar-tukar pengalaman dan menambah pengetahuan sedia ada.

·         Mengaktifkan pengetahuan lampau.
·         Mengesan idea baharu.

Fasa 3 : Penstrukturan semula

·         Menyusun semula pengetahuan hasil pecampuran idea lama dengan idea baharu.
·         Membentuk skema pengalaman yang baharu.

Fasa 4 : Aplikasi idea

Melaksanakan tugasan dalam situasi sebenar.

·         Pendedahan kepada pengalaman sebenar.

Fasa 5 : Rafleksi

·         Membuat penilaian terhadap kesahihan maklumat/kemahiran yang diperoleh.


Contoh Rancangan Mengajar Tingkatan 4

Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran

10.0   Memahami dan memberikan respons peribadi tantang karya sastera.

10.4   Menyatakan jenis, ciri, tema dan persoalan, pemikiran, nilai dan pengajaran.


Aras 1 (v)

Menjelaskan aspek watak dan perwatakan, plot, latar, gaya bahasa, dan sudut pandangan.
Fasa dan isi kandungan
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Akat/KBT/Nilai

Fasa 1 : Orientasi

Pernyataan watak dan perwatakan

·         Berjalan tergopoh-gapah.
·         Segak.
·         Pemegang tombak.
·         Tingginya 6 ka. 2 iin.
·         Mereka berkawan baik.
·         Marah.

Hala tuju pelajaran

Menjelaskan watak dan perwatakan melapui penlisan biodata watak yang dipilih.


·         Guru memastikan murid memahami maksud watak dan perwatakan dengan cara memilih pernyataan yang berkaitan dengan watak dan perwatakan.


·         Guru menyatakan hala tuju pelajaran hari ini.

Power point

Fasa 2 : Pencetusan idea




·         Murid membaca pantas drama “Kerana Manisnya Epal”.
·         Guru memberi tunjuk cara kaedah yang digunakan untuk mengenali aspek watak dan perwatakan dalam teks.
·         Murid menggariskan aspek watak dan perwatakan yang ditemukan dalam drama.
·         Murid mencatatkan ciri watak dan perwatakan yang dipilih.

·         Murid menceritakan aspek watak yang dipilih kepada kelas.
·         Tulis dalam bentuk poin aspek watak dan perwatakan yang dipilih.
·         Murid lain menokok tambah kedua-dua aspek watak dan perwatakan yang dipilih.

KBT – membaca dan menggaris perkataan/ungkapan penting.










KBT – membaca dan mencatat perkara penting.

Fasa 3 :Penstrukturan semula


·         Murid menyemak semula ciri watak dan perwatakan berdasarkan candangan daripada rakan.
·         Murid menyediakan satu senarai watak dan perwatakan yang terkini.

KBT - membaca pantas

Fasa 4 : Aplikasi idea

Tatabahasa

·         Murid menggabungkan pernyataan tentang watak dan perwatakan yang terdapat dalam senarai untuk meringkaskan laporan.


Pembinaan boidata

·         Guru menunjukkan contoh penulisan biodata.
·         Murid meniru contoh penulisan berdasarkan pernyataan tentang watak dan perwatakan yang dibina.
·         Menyiapkan biodata.



Contoh teks penulisan biodata.

Fasa 5 : Refleksi

·         Pelajar menyemak format dan maklumat yang terdapat pada biodata.
·         Pelajar membantu rakan untuk membaiki tugasan.

Skema/Format biodata

No comments:

Post a Comment