Jemput masuk....

Sunday, March 20, 2011

Kepercayaan orang Melayu

Situasi 36 ( 14 Mac 2011, Isnin )













Menyanyi di dapur
Teringat kembali peristiwa malam semalam. Ketika Kak Wanie ingin pulang ke Kuala Lumpur, Abah berpesan supaya bawa sekali lada hitam dan diikat dalam kain lampin anaknya. Ini adalah kepercayaan masyarakat Melayu. Menurut abah, tidak elok berjalan malam bawa anak kecil. Jadi untuk ciri-ciri keselamatan daripada gangguan makhluk halus, lada hitam diikat dalam lampin Yaya. Kepercayaan orang dahulu kadang-kadang ada benarnya. Tidak salah kita mengikutinya asalkan tidak bertentangan dengan ajaran Islam. 
Sediakan payung sebelum hujan rasanya lebih baik 
daripada mendengar guruh di langit air 
di tempayan dicurahkan. 

Anak Saudara

Kak Wanie dan keluarga

Gunung Lang

Situasi 35 ( 13 Mac 2011, Ahad )




Kami sekeluarga telah ke Gunung Lang, Ipoh, Perak. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 20 minit sahaja daripada rumah Kak Long di Tanjung Rambutan. Kami membawa abah bersiar-siar memandangkan sudah berkumpul semuanya di rumah Kak Long kerana semalam adalah hari pertunangan Abang Pian. 

Kami menaiki bot untuk menyeberang ke taman di sebelah sana. Terdapat ramai pelancong daripada luar datang ke taman rekreasi tersebut,. Keadaan di situ penuh sesak dengan kehadiran para pelancong luar. 

Aku telah mengambil peluang untuk bergambar dengan salah seorang pelajar dari negara Thailand. Dia telah melanjutkan pengajian di sebuah institusi pengajian di Ipoh. Pada mulanya aku keliru sama ada hendak bercakap bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. 

Aku : Excuse me, can I take picture with you?
Dia : Sure.
Aku : Can you speak in Malay?
Dia : Yes, I can. Saya belajar kat sini. Saya dari Thai. Saya ada belajar bahasa Melayu.
Aku : Ooo...fasih juga kamu berbahasa Melayu.
Dia : Bahasa Melayu senang dipelajari. Saya banyak berkomunikasi dengan orang Melayu.

Melalui perbualan tersebut, kita dapat lihat bahawa bahasa Melayu senang dikuasai walaupun bukan berasal dari keturunan Melayu. Buktinya, pelajar Thai tersebut sangat fasih berbahasa Melayu dan dapat menjawab soalan aku dengan lancar. 



Gambar hiasan

Adik Awie
Abang Pian

Gambar Hiasan

Pertunangan

Situasi 34 ( 12 Mac 2011, Sabtu )


Hari ini merupakan hari pertunangan abangku, Sofian. Majlis berlangsung kira-kira jam 3.00 petang di kediaman sebelah pihak perempuan di Chemor. Setelah sampai ke rumah pihak perempuan, Abang Pian tidak dibenarkan masuk memandangkan sudah menjadi adat di sana, pihak lelaki tidak dibenarkan masuk dan sertai sesi perbincangan antara  pihak lelaki dan pihak perempuan. Kami diberi layanan yang baik. Semasa sesi perbincangan, pihak lelaki iaitu wakil kepada Abang Pian, telah memulakan majlis dengan bacaan doa. Kemuadian bermulalah sesi perbincangan tentang tujuan kedatangan kami iaitu merisik dan bertunang. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik. Penggunaan bahasa dalam sesi perbincangan itu sangat berbeza. Bahasa yang digunakan lebih sopan dan puitis. Ia menjadikan majlis perbincangan tersebut lebih menarik dan indah. Tidak berlaku sebarang perselisihan faham sepanjang perundingan dibuat. Pihak perempuan juga lebih berdiplomasi dalam perbincangan. Kemudian, baharulah Abang Pian dijemput masuk untuk proses pertukaran cincin tetapi pihak perempuan tidak boleh keluar daripada biliknya. Jadi proses pertukaran cincin kepada pihak perempuan berlaku di dalam bilik dan disarungkan oleh Kak Long. 


Gambar hiasan
Abang Pian


Bahasa Kebangsaan

Situasi 33 ( 6 Mac 2011, Ahad )

 Hari ini aku meluangkan masa untuk membuat nota ringkas tentang bahasa Kebangsaan yang akan dibentangkan pada hari Khamis semasa kelas Sosiolinguistik. Kami telah membuat pembahagian masing-masing dalam tajuk " Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan luas". Aku ingin berkongsi sedikit mengenai bahasa Kebangsaan. 

Bahasa Kebangsaan merupakan sebuah bahasa yang melambangkan identiti kebangsaan sesuatu bangsa atau negara yang unik. Bahasa Kebangsaan juga diangkat menjadi bahasa utama sesebuah negara yang berdaulat dan lazimnya digunakan sebagai bahasa rasmi negara tersebut. Bahasa Kebangsaan merupakan lambang jati diri negara. Terdapat juga negara yang mempunyai lebih daripada satu bahasa Kebangsaan iaitu Kanada yang menggunakan bahasa Perancis dan bahasa Inggeris sebagai bahasa Kebangsaan. 

Melalui ulangkaji yang dibuat, aku dapat mengetahui serba sedikit mengenai bahasa Kebangsaan kita iaitu bahasa Melayu yang dijadikan sebagai bahasa Kebangsaan seperti yang telah termaktub dalam Perkara 152. Betapa sukarnya proses dalam pemilihan bahasa Kebangsaan kerana telah mendapat banyak tentangan apabila ingin menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan di Malaysia. Namun, setelah usaha gigih daripada pihak kerajaan, kita berjaya mengangkat bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan Malaysia.

Pengaruh Filem

Situasi 32 ( 4 Mac 2011, Jumaat ) 


Kebelakangan ini, aku  lihat banyak pengaruh daripada filem tempatan yang timbul dalam kalangan kita. Terdapat juga pengaruh dalam kalangan kanak-kanak sehinggakan ada kanak-kanak yang ingin menjadi seperti watak Malim Kundang kerana ingin masuk TV, ada pula yang ingin menjadi si Tenggang walaupun kita tahu watak tersebut adalah watak anak derhaka. Ada juga yang ingin menjadi kartun pujaan mereka seperti Shin Chan, Doremon dan hero dalam dunia khayalan iaitu power Rangers, Superman dan sebagainya. 



Terdapat juga pengaruh dialog yang diambil daripada filem seperti dalam filem seram komedi terbaru iaitu Hantu Kak Limah Balik Rumah. Ada perkataan seperti " cer cite-cer cite" dan " belawok-belawok-belawok" yang  diceduk daripada filem tersebut. Kadang-kadang pengaruh ini membawa kesan yang negatif kepada masyarakat Melayu kerana mereka akan menjadikan ia sebagai satu budaya yang tidak baik dalam penggunaan bahasa kita. 
 

Bahasa SMS

Situasi 31 ( 2 Mac 2011, Rabu )



 






Aku menerima sistem pesanan ringkas, SMS daripada sahabat lama aku. Gembira juga rasanya apabila dapat berhubung kembali dengan rakan-rakan sekolah lama memandangkan kami sudah lama "lost contact". Kami berbalas-balas SMS sehinggalah larut malam. Maklumlah, sudah lama tidak berhubung. 

Peristiwa yang melucukan apabila aku tersalah membalas SMS rakanku, Asmahani. Lain yang ditanya, lain pula yang dijawab oleh aku. 

Asmahani : Salam, chat k?What pe 2?
Aku : Wsalam. Tak chating malam ni. Sibuk sikit. "What pe 2?" apa tu?
Asmahani : He3, sy tanya sihat ke?Apa lak chating yang dijawab. Erm buat apa tu? Susah cakap ngan cikgu BM ni..huhu

Melalui SMS di atas, menunjukkan sudah menimbulkan salah faham. Bahasa SMS yang digunakan terlalu ringkas. Kemudian, ada pula perkataan yang dieja dalam bahasa Inggeris, bunyinya sama sahaja tetapi ejaannya berbeza. Contohnya, "what pe 2" iaitu "buat apa tu?". Tidak menjadi kesalahan sekiranya kita cuba melatih diri kita untuk menulis ejaan bahasa Melayu yang betul supaya tidak timbul salah faham dalam komunikasi. 


Budaya di kaunter

Situasi 30 ( 28 Februari 2011, Isnin) 



Aku menunggang DBB menuju ke Pejabat Pos. Budaya di kaunter di pejabat pos Tanjong malim sangat bagus. Aku berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Namun demikian berlainan pula denga layanan yang diberikan oleh sesetengah tempat. Teringat pula ketika aku ke kaunter pertanyaan di sebuah tempat, petugas di kaunter tersebut bersikap menjengkelkan. Setiap pertanyaan yang diajukan tidak dijawab dengan baik dan tidak diiringi oleh senyuman. Rugi ke kalau senyum semanis madu untuk menjawab pertanyaan  orang yang datang di kaunter yang berhajat untuk menyelesaikan masalahnya?

Pada pendapat saya, isu kasar yang berlaku di mana-mana kaunter adalah disebabkan nilai diri seseorang itu sendiri yang tidak beretika dan berkredibiliti serta kurang adabnya. Ia bukanlah disebabkan orang lain atau sesiapa jua yang ingin dipersalahkan