Situasi 13 ( 1 Februari 2011, Selasa )
Aku seperti biasa akan bangun awal pagi untuk menolong mama Nazri di dapur. Nazri pula sudah bersiap untuk ke pejabat. Aku mengambil peluang melayan Nazri sarapan. Ini adalah sebagai latihan awal sebelum kami mendirikan rumah tangga.
Hari ini, jadual aku ialah lawatan ke rumah saudara mara Nazri. Si Noey, adik Nazri yang mengiringi aku ke rumah saudara terdekat. Terlalu sukar bagiku untuk berkomunikasi dengan mereka memandangkan mereka mengguna bahasa Brunei yang sangat pekat. ikutilah beberapa situasi perbualan antara aku dan saudara mereka :
Situasi 1 ( Rumah Babu
Babu : Namanyak siapa?
Suzie (aku) : Suzie
Babu : Gi mana kamo di sini ani.ok bah?kami orang di sini guna bahasa Brunei pakat. Marati ka kamu apa kamik cakap?
Suzie : Faham saja, siket-siket bah.
Ulasan : Sebenarnya aku tidak faham sangat apa yang ditanya. Aku cuba melihat dari segi konteks ayat sahaja. Melalui itu, aku dapat memahami soalan yang ditanya. sebenarnya tidak sukar mempelajarinya, kita boleh mengkaji maksud yang ingin disampaikan melalui konteks ayat.
Jemput masuk....
Saturday, March 19, 2011
Friday, March 18, 2011
Masalah dalam komunikasi
Situasi 12 ( 29 Januari 2011)
Aku bangun awal pagi memandangkan Subuh di Menumbuk, Sabah lebih awal dari Semenanjung. Selepas menolong bakal ibu mertuaku menyiapkan sarapan, aku terus mandi dan bersiap untuk ke Ranau, Kundasang, Kota Kinabalu. Kami sekeluarga bercadang ingin bercuti di kaki gunung Kinabalu. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang empat jam.
Kami menginapan di hostel berdekatan dengan kaki gunung Kinabalu. Sebelah petang, kami telah bersiar-siar di kawasan tersebut. Kami sempat singgah di kedai cenderahati. Semasa proses pembelian, berlaku sedikit masalah dalam komunikasi memandangkan penjual atau peniaga tersebut tidak pandai berbahasa Melayu. Kemungkinan penjual tersebut berasal dari luar negara. Semasa ingin bertanya tentang harga barang yang ingin dibeli, penjual itu hanya menaip angka menggunakan kalkulator sahaja. Kami perlu melihat harga yang tercatat di kalkulator tersebut. Semasa proses tawar menawar juga berlaku perkara yang sama.
Penjual tersebut dapat memahami apa yang ditanya, tetapi tidak dapat menjawabnya dengan sebutan. Tidak mungkin penjual tersebut bisu kerana biasanya orang yang bisu akan disertai dengan masalah pendengaran, tetapi penjual tersebut tdapat mendengar dengan baik.
Masalah dalam komunikasi ini menyebabkan proses jual beli tidak dapat berlaku dengan lancar. Namun, kami tidak cepat melenting, kami menghormati penjual tersebut. Kami cuba untuk memahami apa yang diterangkan melalui bahasa isyarat yang beliau tunjukkan.
Sepatutnya, penjual tersebut harus mengetahui lebih dari satu bahasa. Penjual tersebut harus pandai berbahasa Melayu dan sekurang-kurangnya boleh juga berbahasa Inggeris.
| Gunung Kinabalu |

Pertama kali (LCCT)
Situasi 11 ( 28 Januari 2011)
Hari ini, pertama kali aku akan menaiki kapal terbang dari LCCT, Kuala Lumpur ke destinasi yang ingin dituju iaitu Labuan. Penerbangan aku akan berlepas pada jam 7.45 pagi. Penumpangu perlu berada di sana satu jam lebih awal. Abangku, Sofian telah menghantar aku ke LCCT awal pagi lagi.
Perbualan di atas menunjukkan sikap kasar yang ditunjukkan oleh Individu B yang menjawab pertanyaan Individu A dengan tidak sopan. Individu B langsung tidak menghormati Individu A sedangkan Individu A telah bertanya dengan baik. Sepatutnya Individu B perlulah belajar untuk lebih mesra dan ikhlas dalam segala perbuatan termasuklah dalam berkomunikasi.
Hari ini, pertama kali aku akan menaiki kapal terbang dari LCCT, Kuala Lumpur ke destinasi yang ingin dituju iaitu Labuan. Penerbangan aku akan berlepas pada jam 7.45 pagi. Penumpangu perlu berada di sana satu jam lebih awal. Abangku, Sofian telah menghantar aku ke LCCT awal pagi lagi. Semasa berada di LCCT, aku melihat pelbagai gelagat manusia. Masing-masing sibuk menguruskan hal sendiri. Aku kebingungan kerana inilah pertama kali aku menjejakkan kaki ke LCCT. Aku tidak tahu cara atau prosedur yang perlu diikuti semasa ingin melepasi balai pelepasan. Mungkin inilah masanya untuk aku berdikari.
Selepas melepasi pintu keselamatan, aku dikehendaki menunggu di hadapan pintu pelepasan ke Labuan. Satu situasi perbualan antara dua pihak menarik perhatianku.
Individu A : Bang, di sini ke pintu pelepasan untuk ke Labuan?
Individu B : Eya la. Takkan kamu ni tak sekolah, tak pandai membaca ker?
Individu A : Maaflah ini pertama kali saya berada di sini.
Friday, February 18, 2011
Bahasa Kita..
Situasi 10 (26 Januari 2011, Rabu)
Kini, semakin ramai dalam kalangan anak Melayu kita yang mula melupakan adat-adat dan sopan santun dalam berbahasa.
Situasi ini berkaitan dengan bahasa mengejek yang digunakan secara terangan antara dua pihak yang aku dengar sendiri di kawasan pekan Tanjung Malim.
Hari ini,aku tidak mempunyai kuliah. Jadi aku telah ke pekan untuk membeli barangan rumah di Grand Union. Selepas keluar dari Grand Union, aku terdengar komunikasi antara dua pihak.
Individu A : Kau ni ibarat lalang ditiup angin,ikut ja apa bos kau kata. Ni la aku kata, law kau tak bercakap,nampak bodoh,law kau bercakap,memang bodoh pon.
Individu B : Ntah la..
Ini menunjukkan komunikasi antara dua orang sahabat yang negatif. Ini kerana bahasa yang digunakan oleh individu A ialah bahasa mengejek, dia telah mengejek individu B.
Ulasan : Sepatutnya individu A menasihati individu B dengan bahasa yang sopan dan baik. Tetapi dalam situasi di atas, individu A telah menggunakan bahasa mengejek. Bahasa mengejek ialah bahasa yang mengata seseorang dengan perkataan yang tepat tetapi dengan gaya yang mengajukkan keburukannya. Kita seharusnya menggunakan bahasa yang baik dan sopan apabila berkomunikasi dengan sahabat kita ataupun orang lain.

Friday, February 11, 2011
Bahasa Inggeris di Melayukan..
Situasi 9 ( 24 Januari 2011, Isnin )
Aku tertarik melihat satu artikel mengenai bahasa Melayu yang semakin luntur.
Terdapat bahasa Inggeris yang sudah di Melayukan yang semakin hilang identitinya. Terdapat banyak perkataan yang diceduk bulat-bulat dari bahasa Inggeris contohnya dalam gambar di atas menggunakan perkataan "join" melambangkan "menyertai." Bahasa Malaysia ataupun bahasa Melayu yang betul? Ini satu persoalan yang harus diberi penjelasan. Sebenarnya bahasa Melayu yang betul kerana bahasa Melayu merupakan bahasa yang digunakan oleh orang Melayu dan mengikut perlembagaan sendiri menyatakan bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Tidak pula dalam perlembagaan itu menyatakan bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan kita.
Ulasan : Oleh itu, kita harus memandang serius memandangkan masyarakat hari ini mudah terpengaruh dengan bahasa yang digunakan seharian termasuklah campuran bahasa asing iaitu bahasa Inggeris. Pihak yang bertanggungjawab haruslah mencari jalan bagi memperkayakan bahasa Melayu.

Bahasa Rojak
Situasi 8 ( 22 Januari 2011, Sabtu )
Aku tertarik melihat blog Shahfiz Iqram berkenaan dengan penyalahgunaan bahasa rojak dalam media. Media berperanan sebagai penyebar maklumat seharusnya menggunakan bahasa dengan betul. Media juga merupakan sumber yang sering digunakan oleh para pelajar atau penutur bahasa Melayu sebagai sumber rujukan.
"Media cetak masih menghidangkan menu bahasa rojak kepada masyarakat umum. Bahasa Melayu telah dicampuradukkan dengan bahasa asing secara berleluasa."
Inilah antara petikan yang menarik perhatian aku. Jika dilihat memang tidak dinafikan banyak penggunaan bahasa rojak dalam media sama ada media cetak mahupun media elektronik. Contohnya;

![]() |
| Penggunaan kata yang tidak sesuai iaitu " meriangkan selera" boleh ditukar kepada " membuka selera" |
![]() |
| "Memang Power" boleh digantikan dengan " Memang Berkuasa" |
Novel Islamik ( VT )
Situasi 6 (21 Januari 2011,Jumaat)
Akhirnya dalam masa dua hari, habis juga aku membaca novel motivasi remaja yang dipinjam dari sahabatku, Fatin. Tajuk novel tersebut ialah VT. Pandangan awal bagi aku adalah novel tersebut nampak membosankan, namun setelah membacanya, ia mampu mengubah pandanganku tadi kearah satu pandangan yang baru iaitu novel tersebut sangat menarik.
Novel ini mengisahkan perjuangan islam menerusi sukan bola tampar di Ma'ahad At Tarbiyyah al-Islamiyyah, MATRI. Sukan ini dianggap juga sebagai ibadah. Pada awal penceritaan, telah diceritakan perpecahan dalam kalangan ahli pasukan bola tampar MATRI yang menyebabkan pasukan ini akan dibubarkan. Seterusnya, penulis memuatkan juga masalah-masalah yang dihadapi oleh ahli-ahli pasukan bola tampar itu. Mereka mempunyai masalah keluarga dan juga masalah disiplin di sekolah. Kemudian, muncul watak Ustaz Hussan yang telah berjaya mengubah ssikap ahli-ahli Volleyball Team, VT. Hussam menggalas cabaran merawat dua belas pemain yang pelbagai masalah dan ego.
Satu situasi yang perlu diambil perhatian ialah menerusi watak Cikgu Senan, jurulatih pasukan lawan iaitu pasukan SSNP yang telah menggunakan pelbagai cara kotor dalam memenangi perlawanan sehingga sanggup membunuh. Ini adalah contoh petikan yang dipetik daripada novel tersebut;
" Ustaz, ambil sahajalah."
" Cikgu, saya bertegas ni."
" Ustaz jangan berlagak sangat. Ustaz fikir kumpulan Ustaz boleh menangkah? Dari kalah tidak dapat apa-apa, baik Ustaz ambil duit ni. "
" Kalau begitu, apa yang Cikgu perlu takutkan? "
" Saya ada reputasi yang perlu saya jaga "
" Semata-mata anugerah itu, cikgu sanggup melanggar arahan Allah SWT? "
Ulasanku : Melalui dialog perbualan diatas jelas menunjukkan sikap Cikgu Senan yang sanggup merasuah Ustaz Hussam dengan duit yang banyak bagi memenangi perlawanan tersebut. Namun, Ustaz lebih bijak bertindak dan tetapkan keimanan supaya tidak terpengaruh dengan godaan keduniaan semata-mata. Cikgu Senan sanggup juga melanggar arahan Allah SWT demi kejayaan dan nama. Bahasa yang digunakan oleh Cikgu Senan kasar, namun telah dibalas oleh Ustaz dengan berhemah. Inilah realiti kehidupan sekarang. Kita leka dan hanya sibuk dalam mengejar kejayaan, pangkat dan nama sehingga lupa pada hari pembalasan. Masyarakat sekarang sibuk mengejar dunia dari akhirat. Oleh itu, novel motivasi ini haruslah dibaca dan dijadikan pegangan memandangkan mempunyai sentuhan islami yang berkesan. Ia menyantap minda dan rohani.
Subscribe to:
Posts (Atom)